Neopets Orange Chia

Thursday, January 5, 2012

Berantai-rantai Cintaku


Hai korang semua. Hari ni Iqa nak cakap sal cinta berantai-rantai pulakk. Selalu kita dengar cinta tiga segi je. Ini tak, rantai2. Banyak la tu sambung2 nya.


Iqa bagi satu situasi ni. melibatkan si A, B, C ngan D.

Si A ni gurl. Dia dah lama bercintan cintun dengan si B. Dah lama bercintan cintun last2 bergaduh sakan sampai pecah kaca pecah gelas pecah hati. Pasal pesbuk je. Salah paham.

Pas tu si B ni pulak dah sedih2 si A tanak dahh ngan dia. Si B ni pun carilah someone yang dia boleh ganti tempat si A, sampai lah jumpa si C. 

Mulanya C ni tak suka ngan si B ni, pendek kata menyampah laa. Annoy ngan si B. Tapi chemistry punya pasal C ni pun suka la ngan si B.

Jadi dorang pun kiranya suka sama suka la ni. Sampai kalau ada apa2 pun, B mesti nak ajak C. TApi tak jadi pasangan kekasih lagikk.
C ni pulak jenis yang ramai kawan lelaki. Kawan biasa sebab dari kecik pun memang kawan ngan lelaki je. Selalu kuar makan dengan lelaki. Paling kerap dengan si D. D ni kira rapat jugak ngan si C sebab dia minat C.

Sampailah satu hari perangai C ni kedapatan kat B. B pun beri banyak2 alasan bla3 tak puas hati ngan C. Padahal, belakang2 pun B suka berfoya2 ngan pempuan lain tapi C diam2 je.

Dalam diam2, C dah betul2 cinta kat B sampai boyprenny pun dia diabaikan sampai clash.
B pulak diam2 sambung balik ngan A, senyap2.
Last2, satu hari kedapatan depan mata C yang A ngan B dah sama2. Kecewa. Kecewa sampai hari2 murung sorang2.

Kecewa2 punya kecewa, C ceritalahh kat si D. C tak tahu yang D suka ngan dia. Clueless la katakan.

Ha, kalaw situasi korang macamni, ape perasaan korang?
Sedih kan?
Marah pun ada kan?

Ha, itu la Iqa panggil cerita cinta berantai-rantai.
Situasi ni sebenarnya berlaku ngan diri Iqa sendiri. Iqa jadi orang yang C.

Hmm.. mungkin salah Iqa jugak kan bila melepaskan yang sedia ada dan kita nak pun tak dapat.
Bak kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran.

Apa pun yang berlaku, semua Allah dah tentukan. Mungkin dari kesilapan kita itulah kita dapat mengubah diri kita pada masa akan datang. InsyaAllah.

Itu baru kes berantai-rantai, belum lagi kes cinta bersegi-segi. Iqa pernah gak rasa kot. Tapi tu cerita budak2 lahh. Tak patut.. tak patut..

Okey, itu jelah. Esok Iqa nak kelas lagi. Tak leh tdo lambat2 nanti lambat bangun.
Tata! :)

No comments:

Post a Comment