Neopets Orange Chia

Friday, June 15, 2012

Bagai Katak Dalam Tempurung Kaca


Hai semua. Kali ni Iqa nak cakap pasal tajuk kat atas. 
Kenapa pulak katak dalam tempurung kaca?

Sekarang Iqa kan cuti. Jadi, segala aktiviti yang memerlukan Iqa untuk keluar rumah dengan kawan2 semua nak kena mintak izin mama ayah. Ok la. Itu memang yang sepatutnya pun kan.

Tapi kadang2, sejak Iqa selalu keluar masa sekolah dulu ngan kawan2, then Iqa balik lambat sikit je pun dah kena marah2. Iqa tak kesah kena marah. Tapi Iqa kadang2 tak tahan dengar leteran terutamanya masa makan. 
Tu meninggalkan kesan yang mendalam kat Iqa sampai sekarang.

Disebabkan itu, Iqa sampai sekarang serba salah nak keluar dengan kawan2, walaupun kawan sekolah Iqa yang Iqa rapat dulu. Kadang2 kawan ajak keluar pun Iqa terpaksa tipu2 kononnya Iqa ade hal. Tapi sebenarnya takde pun. Iqa taknak cakap kan parent Iqa. Iqa taknak kena leter. Iqa takut. Emosi tak stabil kot kena leter2.
Yang kesiannya kat kawan Iqa la. Termasuk pakcik angry bird merahh. Sian dia.

So, Iqa labelkan laa cerita Iqa ni macam katak dalam tempurung kaca. Tengok luar semua dapat, tapi nak rasa sendiri kurang sikit.
=..=

Jadi.. ada kebaikan juga Iqa tinggal jauh dari family Iqa. Tak kena control sangat. Kadang2 kena kontrol lebih boleh buat orang tekanan jugak. Tapi Iqa taklaa sampai macamtu lagi.
Hmmm. Untung laa dapat mak pak yang baik. Terjaga anak dorang. Alhamdulillah.

P/S : Alangkah seronoknya kalau ada anak putera raja yang datang selamatkan Iqa cepat2 dari semua ni. Erghh.
Help.. Help.. 

Sekian.

No comments:

Post a Comment