Neopets Orange Chia

Thursday, March 21, 2013

Meluat Kott.

Hai. Selamat petang. Hari ni Iqa ingin menyatakan ketidakpuasan hati Iqa ini terhadap perkara yang jadi kat Iqa. Benda ni dah lama jugak jadi tapi bila diungkit semula, Iqa rasa takmau simpan. Nak gak kongsi ngan blogger2 sekalian.

Oke. Iqa nak cerita satu situasi.

A, B dan C adalah rakan sekelas yang rapat dan kamceng. Sebelum ini, merek bertiga sememangnya berkawan, bergurau, ketawa senda bersama-sama selalu tanpa mengira keadaan. A dan C adalah perempuan, dan B adalah lelaki. Walaubagaimanapun, A dan B lebih rapat berbanding dengan A dan C mahu pun B dan C dan keadaan ini sememangnya telah diketahui C. C hanya membiarkan sahaja kerana menganggap mereka memang rapat.

Beberapa kemudian, A dan B semakin rapat dan ini menimbulkan rasa tidak senang hati dengan C sehinggalah pada suatu hari, A mengajak C untuk menemani dia dan B untuk menjemput rakan mereka yang tiba di lapangan terbang. Oleh itu, dengan girangnya C pun mengikut mereka dengan hati yang gembira.

Ketika dalam perjalanan, sebagai sekumpulan kawan yang rapat sememangnya kita ingin berborak bersama-sama tanpa mengasingkan sesiapa tetapi sebaliknya yang berlaku. A dan B berborak panjang-panjang, berbisik-bisik,  tanpa menghirau C dan C pula terbiar selama 2 3 jam mendengar perbualan mereka. C dibiarkan seperti pita perakam yang sedang merakam perbualan mereka. Akhirnya, C mengambil keputusan untuk tidur sepanjang perjalanan dek rasa tersisih dan sakit hati akan perbuatan mereka.

Apabila mereka telah menjemput D dari lapangan terbang, mereka pun pulang ke kolej semul tetapi sebelum itu mereka menghantar C pulang ke rumah sewanya. C sangat sedih dan kecewa sehingga cakap sepatah dua kata sahaja kepada mereka.

Baiklah. sebenarnya kejadian ini berlaku kepada Iqa sendiri. Iqa ialah C. Sebagai manusia yang punya hati dan perasaan, sangat kecewa dengan mereka. Iqa disisihkan, mereka pula berbork benda sulit2, dan macam benda tu Iqa tak boleh tau langsung. OK la. Ni sorok2 lagi, pehal? Iqa bukan kawan mereka ke???

Tak lama selepas itu, Iqa dengar dari kawan Iqa sendiri yang mereka ni sebenarnya dah merancang untuk berkahwin. Pulakkk. Patut pelik2. Tapi, Iqa kesian kat si perempuan tu la sebab... Iqa tau perangai sebenar lelaki tu. Dy jahat. Suka buat benda tak senonoh. Yang pempuan pulak baikk je.

Tapi tu bukanlah point sebenar Iqa. Iqa tak puas hati sebab dorang ajak Iqa, tapi tak ajak borak same2 pun... Ape, dorang cerita benda jahat2 jugak ke? Mane2 jelah. Masalahnye, kat kelas macamtu, kat situ pun camtu. rimas ar. Hari2 pulak tu depan mata aku je.

Ada sorang kawan Iqa jugak, jadi mangsa macam Iqa juga. Jadi pengkabur mata. Iqa rasa dia pun rasa apa yang Iqa rasa la. Cuma sementara dia jadi tunggul, dia banyak benda nak buat. So, tak rasa sangat.

Apa pun, maaf la kalau empunya diri terbaca. Iqa sangat tak puas hati. Sakit mata Iqa kena pandang korang hari2 dalam kelas berbisik-bisik cerita sendiri sahaja. Ok. Itu sahaja. Ada benda nak buat kejap. Adious.

No comments:

Post a Comment