Neopets Orange Chia

Friday, January 24, 2014

I'm Sorry..

Selamat petang, Salam Jumaat, Salam sejahtera.


"Kau salah! Kenapa kau buat begitu??"
"Ya, aku tau aku salah. Aku mintak maaf banyak2. Semua salah aku. Kau nak balas dendam pun lepas ni, silakan. Mungkin ini balasan untuk aku kan."


Setiap orang dalam dunia ni sememangnya tidak dapat lari dari membuat kesalahan. Nobodys perfect bak kata orang. Kalau buat salah kat Allah, kita mintak ampun dari-Nya. Taubat. Taubat tu mudah sebab Allah sentiasa membuka pintu taubat tu. Sayangnya Allah kat kita semua kan. 

Kalau buat salah kat orang lain, kita perlu minta maaf dari orang tu. Tapi manusia ni susah sikit. Ada yang berhati lembut nak maafkan. Ada yang keras hati langsung tak mahu maafkan orang tersebut walaupun dia dah melutut merayu-rayu sampai lebam-lebam. 

Bagi orang yang buat salah pula, bukan semua orang atas dunia ni senang2 nak mengaku kesalahan yang dia dah buat. Betul tak? Semua ada ego masing-masing. Semua ada helah bela diri masing-masing demi menyelamatkan atau meletakkan diri dalam keadaan yang selesa. 

Kalau masing-masing mengeraskan kepala hati dan jiwa, sampai bila perdamaian tak akan berlaku. Kalau kita salah, baik mengaku jelah kalau itu yang betul. Berani kerana betul takut kerana salah tapi kalau takut sampai bila-bila kita tak akan berganjak dari senario yang merimaskan.

Oleh yang demikian, Iqa sanggup turunkan ego, rendahkan diri, mengaku apa yang Iqa buat  itu salah. Dari kita bertengkar di belakang tabir tanpa sesiapa yang tahum tapi hari2 ngadap muka yang sama, baik kita berbaik2. Orang cakap baik2 dengan kita, kita cakap baik2 dengan orang Hasilnya, ia sangat memuaskan hati.

Hubungan baik sesama manusia akan menjanjikan ketenangan jiwa dan emosi. Percayalah.

Akhir kata, dear M*****s, Im sorry friend. I love you as my friend. 
Benda lama kita jangan ungkit2 lagi tau.
Never. :)

No comments:

Post a Comment