Neopets Orange Chia

Tuesday, March 25, 2014

"SOME PEOPLE COMES INTO YOUR LIFE JUST TO TEACH YOU HOW TO LET GO"




Hai.

Dah lama Iqa tak buka ni kan. Kali ni buka pun cuma nak luahkan apa yang tak terluahkan dengan kata2 dari mulut dan ia tengah membeku dalam hati. Daripada terus membeku, Iqa nak cakap kat sini. Ada ke takda orang baca, biar.

"SOME PEOPLE COMES INTO YOUR LIFE JUST TO TEACH YOU HOW TO LET GO"


Mungkin ada benar kata-kata ni. Sejak Iqa melepaskan diri sendiri dari perasaan kat abang A, ramai yang hadir dalam hidup Iqa, seperti menyuruh Iqa lupakan abang A, dan pilihlah mana Iqa suka.

Nak mention nama? Tak perlu. Ramai. Lagi kacak2, handsome2, bergaya, comel, gagah, darah seni, orang kaya semua ada. Tapi sampai sekarang takde satu pun yang melekat. WHY?
Sebab takda jodoh. Itu je jawapan yang tepat.

Iqa mencari orang bukan tengok rupa harta pangkat semua, yang penting dapat terima kita ni seadanya. Nampaknya belum ada yang sesuai.

Tapi apa yang Iqa nak cakap kali ni, sebagai orang yang single mingle pringle lagi jingle ni, hati mudah sangat tersentuh sekarang ni. Mungkin sebab faktor umur semakin meningkat kot??

Dari orang yang Iqa mula2 kenal. Oke cakap jelah nama samaran orang2 ni ye. 1st, Padli. Orgnya boleh tahan. Kenal dr wechat. Budak UIA. Kenal2, jumpa sekali dua, rapat, then perasaan sayang muncul. bila dah sayang barulah masing2 mula menjarakkan diri semula. So, x jadi apa2 la kan.

2nd. Jujai. Ni pulak kenal dari pesbuk. Dia add kita. Mula2 ingat dia orang Johor. So x brapa nak layan sangat la. Sekali dah kawan, borak2, dia orang kampung sendiri je rupanya. Dah kawan rapat2, cerita pun mcm lebih kurang je, so sayang jugakla kat dia ni. Jumpa sekali dua. Tapi bila dah sayang, macamtu jugak la. Dia makin jauh dari kita. Tak jd apa2 jgk la.

3rd. Abang PPM. Kenal dr sekolah masa pergi PBS dlu. Yang ni bahaya sikit. Sebab? Dia sebenarnya dah kawin. Tapi tak tau apa gila, dia kawan ngan kita, text hari2. Rupanya dia ada problem ngan wife dia. Kita ni as kawan, pasang telinga jelah apa dia nak cakap kan. Dia pun tak tinggal sama2 ngan wife dia sebab kerja jauh2. Biasalah, orang kesunyian. Bila dia jd teman lama2, sayang pulak kat dia. Tapi mmg tau tak boleh sayang lebih2. So, kita undur diri sendiri macamtu jelah.

Paling last yang terkesan kat hati. Zul. Dia ni kawan kepasa classmate. Bakal2 pegawai askar. Kenal sbb satu masa dulu keluar sama2. Satu hari tu, Iqa terlampau bosan. Tiba2 dia text ajak keluar. Mula2 segan juga sbb takdelah biasa sangat ngan dia. Tapi keluar kejap tu boleh buat kami mesra semacam. Then lepas tu tiap2 hari text. Terasa la berteman semula kan. Dalam masa 2-3 minggu, jumpa dia 3 kali. Tapi kami tersilap sesuatu. Silap tu, x boleh la nak cerita. Iqa nampak dah ending cerita ni, dan cerita tu betul2 jadi. Last2, dia ignore Iqa macamtu je. Sampai sekarang. Dan sekarang Iqa tengah fight lawan rasa rindu kat dia.
Yelah, dah berminggu2 rasa mcm ada boypren, tiba2 xda balik. Sedih jugak la.

So? Berbalik kepada quote kat atas tu tadi, Iqa rasa semua ni ada sesuatu yang tersirat, yang kita sendiri tak tau. Iqa bersyukur, dapat ramai kenalan yang pernah buat Iqa rasa happy sangat ada dorang, tapi semua tu sementara je. Iqa ni teruk sangat ke sampai semua jadi macam ni? Iqa takde pulak sakitkan hati dorang. Hm.. entahla kan.

Mungkin semua ni mmg sengaja dirancang oleh-Nya supaya Iqa belajar perasaan dan erti ditinggalkan begitu saja supaya masa akan datang Iqa lagi cekal hadapi semua ni. Tapi, makin Iqa tua, makin cepat tersentuh hati ni. Sakit rasa rindu kat orang. Sekarang ni tengah cuti, tiap2 hari ada je air mata yang keluar.

Ujian ni buat Iqa rasa lemah. Iqa tak mampu tanggung rasa ni. Air mata jelah yang dapat teman Iqa hari2. Orang tak tau, sebab Iqa ngan kawan Iqa jenis yang ketawa huha2 je. Kadang2, Iqa rasa dah give up dengan diri sendiri. Rasa macam nak jumpa jodoh cepat2, kawin cepat2 biar rasa ni automatik hilang serta merta. Kalau boleh suka hati buang rasa rindu Iqa kat dorang2 ni semua, dah lama Iqa buat. Biar tak rasa apa2, sebab itu lebih baik.

Apa pun, mungkin semua ni memang melatih kita untuk rasa macamna nak handle situasi melepaskan orang tersayang pergi dari hidup. Dari hati. Wallahua'lam. Dia sebaik-baik perancang. Yakin, mungkin esok lusa Iqa jumpa yang terbaik buat diri Iqa. Amin.

p/s: teringin nak jadi lelaki dan nak rasa apa perasaan sakitkan hati perempuan.

No comments:

Post a Comment