Neopets Orange Chia

Monday, June 23, 2014

Gadis Tomyam Celup (1)

            Leenda adalah seorang pelakon yang comel di negara tomyam. Dia mempunyai susuk tubuh yang kecil, berambut hitam ikal, tetapi berkulit ala-ala orang Melayu. Dia sangat terkenal di negaranya kerana dia sememangnya sangat pandai berlakon, lagi-lagi watak jahat. Orang mengganggapnya dia seorang yang sangat ceria dan peramah dengan telo bahasa Thai yang sedikit pelik, tapi itu tidak membuat Leenda rasa janggal dengan dirinya sendiri. Walau bagaimana pun, dia sendiri kurang pasti bagaimana dia boleh menjadi dirinya yang sekarang, dan dia sendiri tidak yakin adakah Encik Phanaporm dan Puan Kemajnee itu ibu bapanya kerana fizikal yang sedikit berbeza dengan dirinya sendiri. Namun begitu, bagi Leenda dia bersyukur kerana dia hidup selesa sekarang.
.......................................................

"Cut! Leenda kenapa hari ni u tak dapat hafal skrip?"
"Maaf. Saya kurang sihat hari ni," kata Leenda kepada pengarah drama lakonannya padahal dalam hatinya ada sesuatu perkara yang mengganggunya.

5 jam sebelum shooting.

           Semasa dia dalam perjalanan menuju ke tempat shooting, ada sekumpulan pelancong sedang bersiar-siar. Pelancong itu seperti orang Malaysia. Kuat hati dia mahu mendekati kumpulan tersebut, tetapi masih kekalkan jarak yang sesuai. Leenda teliti tiap-tiap pelancong tersebut. Leenda sebenarnya turut rasa pelik dengan apa yang dia lakukan pada masa itu.

"Yes miss, may I help you?"
"Ha? Em.. Nothing. I just wanna see your group. Are you Malaysian?" tersentak Leenda setelah seseorang menegurnya dari belakang.
"Yes. U? U also look like Malay."
"Hehe. Maybe. I'm not sure about that. Anyway, I'm Leenda. Nice to meet you."
"I'm Ahmad. Nice to meet you too."

           Sedang mereka hendak berbual lebih sikit, seorang rakan Ahmad datang mendekati meeka berdua. Lelaki tersebut ingin memanggil Ahmad untuk bergerak ke tempat lain pula. Bila lelaki itu semakin hampir, Leenda terpandang mukanya. Leenda tersentak tetapi Leenda sendiri tidak tahu kenapa dia berasa sesuatu yang dia sendiri tidak tahu. Mukanya sedikit berubah sehingga Ahmad menegurnya.

"Leenda, why? Are u okay?"
"Erm, okay. Who is that?"
"He is my friend. We called him Afifi. okay i have to go. See u!"
Leenda tersenyum melihat kenalan barunya itu. Tetapi, senyumnya kelat. Dia seperti pernah melihat muka Afifi tetapi dia tidak ingat. Oleh itu, dia hanya berlalu pergi dan teruskan perjalanan ke tempat shooting dengan fikiran yang sedikit berserabut. Kuat hatinya menyatakan lelaki tersebut boleh membantunya untuk mencari dirinya yang sebenar. 

...............................................

"Mulai sekarang kita takda apa-apa."
"Why abang. Why? Apa salah I? Kenapa?"
"U tak salah. Abang salah. Kita tak boleh sama-sama lagi," kata tunang Alisa kepadanya dan lelaki itu meninggalkan dia serta merta dengan kereta Honda City merahnya. Alisa terkaku menangis sepuas-puasnya. Hari itu juga dia putus tunang dengan Afifi, dan hari itu juga Alisa telah difitnah dia anak luar nikah, sedangkan berita itu adalah palsu belaka.

          Dua jam selepas itu, Alisa berjalan kembali setelah dia mendapat semula kekuatan dalam dirinya. Dia ingin mengambil angin di Lake Garden berhampiran. Oleh itu, dia berjalan ke sana berseorangan memandangkan hari masih siang dan ramai orang di sana.

           Malang tidak berbau. Semasa Alisa dalam perjalanan ke Lake Garden, dia diculik. Hanya kereta Kenari miliknya sahaja yang tertinggal dengan keadaan cermin pemandu pecah, pintu terbuka, malah tas tangannya juga tidak diambil. Kejadian itu membuatkan Afifi berasa sangat terkilan kerana tujuan sebenarnya putus tunang dengan Alisa adalah untuk diri Alisa sendiri supaya dia dapat menumpukan pelajarannya sehabis baik. Namun, nasi sudah menjadi bubur. Semuanya terlambat. Akibat kejadian itu, Afifi menjadi seorang yang sangat pendiam, dan tidak bergaul dengan mana-mana perempuan hatta rakan sekerjanya sendiri. Afifi lebih selesa berkawan dengan Ahmad dan beberapa kawan karibnya, dan dia sentiasa ada di mana sahaja Ahmad ada.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment