Neopets Orange Chia

Monday, June 23, 2014

Gadis Tomyam Celup (2)

Leenda tidak mempunyai sebarang lakonan pada hari ini. Oleh itu dia mahu pergi ke pasaraya berdekatan untuk membeli stok makanan. Seperti biasa, sekiranya tidak mempunyai apa-apa aktiviti, dia hanya mengenakan blusher dan lip tint di wajah manisnya itu dan berpakaian yang simple sahaja. Usai selesai bersiap, dia terus bergerak ke pasaraya yang semestinya menjadi pilihannya sejak dia tinggal di kawasan tersebut.

Sedang Leenda memilih lada benggala untuk dibeli,

"Bhaaaaaa!!!! Hahaha. Khusyuk nampak?"

Leenda terkejut. Rupanya Ahmad yang menegurnya. Nmun begitu, Leenda tidak faham apa yang Ahmad katakan.

"Hah! Hey u. What u said?"
"Hahaha. Nothing. What u doin here? Buying sumtin?"
"Nothing. I'm playing game right now," jawab Leenda dengan muka bengang. Dalam hatinya tak nampak ke dia tengah pilih-pilih barang ni. Tanya lagi.
"Hmm? When u wanna go back to Malaysia? Lucky u got a long long holiday."
"I'm going back tomorrow. Wanna join us? Hehe."
"Join? Thanks. But I cant. My schedule not let me going anywhere. I'm actually an actress here. U look there, they looking me obviously. Maybe they noticed me who am I."
"Hah? Really? Wah. I must tell Afifi. Fifi! Fifi! Cepat la sini!" panggil Ahmad suruh Afifi datang segera.

"Ya, apa kau terpekik-pekik ni? Nampak hantu ke apa? Kau tengok dorang tengok kau pelik-pelik je dah."
"Ni, orang yang aku jumpa hari tu. Leenda. Dia pelakon kat sini rupanya! Yang dalam iklan kat TV tu!"
Afifi pandang. Afifi terkesima, terkaku tak berkata apa-apa. Dia tidak dapat memproses rupa Leenda dalam iklan yang dia nampak kerana mekap yang terlalu tebal untuk orang biasa pakai. Kali ini barulah nampak wajah sebenar Leenda. Dia sangat serupa dengan muka Alisa, bekas tunangnya dulu. Cuma hidungnya sahaja lebih mancung dari Alisa. 

"Alisa!"
"Hmm? Hi. I'm Leenda. Nice to meet you, Afifi," kata Leenda. Sebenarnya Leenda juga sangat berdebar-debar kerana wajah itu sering mengganggu fikirannya sejak kebelakangan ini. 

"Em. Sorry. Hi. I'm Afifi. Nice meet u too."
"Okay u both. I need to go now. See u then. Ahmad and Afifi."

Segera Leenda beredar dari mereka berdua untuk membayar barang-barangnya. Dalam Leenda menuju ke kaunter, tiba-tiba dia terkaku. Dia ternampak sesuatu dalam mindanya. Adegan dirinya dengan lelaki menyerupai Afifi semasa Afifi melamarnya untuk jadi tunangnya di depan satu keluarga yang besar. Dia makin resah dan segera membayar barang-barangnya dan beredar dari pasaraya tersebut. Dalam masa yang sama Ahmad dan Afifi mengekori Leenda dari belakang.

Setelah berada di luar kedai, Afifi melihat Leenda menuju ke keretanya. Tiba-tiba datang satu kereta dari arah belakang dan terlanggar Leenda. Tidaklah seteruk mana, tetapi Leenda terjatuh dan pengsan. Habis barang-barangnya jatuh bertaburan. Ahmad dan Afifi segera memanggil rakan-rakan yang lain dan segera membawa Leenda ke hospital berdekatan sementara kereta yang melanggar Leenda pula buat tidak tahu dan segera pergi dari kawasan tersebut.

...............................................................

"Abang, jangan abang. Jangan pergi..."

Kehairanan Puan Kemajnee mendengar Leenda mengigau dalam bahasa Melayu di atas katil hospital tersebut. Leenda tidak sedarkan diri sejak semalam. Afifi dan Ahmad ada sekali. Sebenarnya itu bukan pertama kali Leenda mengingau sebegitu.
Dengan sebaknya Afifi melihat keadaan Leenda, dia segera datang ke sisi Leenda dan menjawab Leenda dengan harapan dia boleh sedar seperti dalam drama-drama Melayu kebiasannya.

"Tak, abang ada sini sayang. Abang di sini," bergenang air mata Afifi kerana dia sangat rindu Alisa. Tetapi dia sendiri takut kalau Leenda itu adalah Alisa. Baginya, tidak apa. Lebih baik mencuba dari tidak berbuat apa-apa langsung. Beberapa minit kemudian, Ahmad dan Afifi pun beredar kerana mereka perlu packing utnuk balik ke Malaysia pada malam esoknya. Puan Kemajnee sangat berterima kasih dengan mereka berdua kerana segera membawa Leenda ke hospital selepas dia dilanggar semalam.


Bersambung.

No comments:

Post a Comment