Neopets Orange Chia

Monday, June 23, 2014

Gadis Tomyam Celup (3)

Keesokan harinya, Leenda masih terlantar di atas katil seperti hari sebelumnya. Tapi sejak semalam, dia tidak mengigau langsung sedikit pun. Mungkin Tuhan itu Maha Adil, dia hendak bangunkan Leenda pada hari tersebut.


"Mak!!! Ayah!!!! Alis nak balik!!! Alis nak balik!" Leenda menangis teresak-esak menangis sejurus dia sedar sehingga dengar ke dua buah bilik bersebelahannya. Puan Kemajnee panik dan tidak faham apa yang Leenda cakap. Kebetulan Ahmad dan Afifi sedang menuju ke bilik wad Leenda untuk menziarahinya sebelum mereka kembali ke tanah air. Afifi terdengar dan segera berlari menuju ke bilik Leenda. Ahmad pula buat-buat cool kerana dia memang seorang yang tenang dalam apa jua keadaan- kecuali bila keputusan peperiksaannya hendak dikeluarkan.

"Alis nak balik!!! Alisa nak balik!! Alisa kat mana ni??!" Leenda masih menangis teresak-esak tanpa pedulikan orang keliling. Afifi yang sidah berada di pintu bilik tu terkesima. "Ya Allah, betul dia Alisa. Alhamdulillah temukan aku dengan dia lagi Ya Allah," berbisik dalam hati Afifi sambil menahan air matanya dari terkeluar. Puan Kemajnee yang berada dalam bilik tersebut hanya hairan terpinga-pinga, tidak faham apa yang berlaku. Afifi segera menuju ke Leenda. Jika boleh, ingin sahaja dia memeluk Alisa pada masa itu sekiranya Alisa itu adalah lelaki ataupun muhrimnya.

"Alisa! Ya Allah betul lah ini awak. Awak hidup lagi. Alisa, kenal tak abang?"
"Alisa nak balik! Alisa kat mana ni?? Kenapa Alisa sampai kat sini?"
"Alisa kenal abang tak?" Afifi mula syak sesuatu.
"Abang Afifi! Bawa Alisa balik! Alisa bukan orang sini. Alisa ingat dah semua," kata Alisa kepada Afifi sambil menangis sehingga tersedu. Lega hati Afifi, ingatkan Alisa tidak kenal dia.
Ahmad juga terkaku melihat Afifi dan Leenda. Baru dia tahu perempuan ini rupanya yang menyebabkan Afifi menjadi seorang yang sangat mengelak dari bergaul dengan perempuan, sedangkan dia ramai peminat setia di Facebooknya kerana rupanya yang tidaklah sekacak Taylor Lautner tetapi dia ada daya penariknya sendiri seperti Neymar Jr.

"Ahmad, cepat call mak Alisa. Hari ni jugak kita bawa dia balik. Awak bagitau dorang semua kita jumpa Alisa, saya nak urus hal Alisa pasal status dia. Hari ni jugak!"
"Fif, kita nak balik malam ni kot."
"Ada masa lagi. Auntie, actually she's my ex-fiancee. She was kidnapped 3 years ago. She's Malay. Malaysian Malay."
"Oh? Really? Okay never mind. I know she's malay. But I tought she is South Siamese Malay."
"Okay. This is my contact card, call me later. Thanks auntie."

Afifi segera berjumpa doktor hospital tersebut memberitahu hal sebenar. Alisa juga telah sihat dan dia memang dibenarkan untuk keluar dari hospital tersebut. Alisa juga sempat peluk Mummy. Puan Kemajnee sangat terharu dan sedih kerana dia tahu Alisa akan kembali ke keluarganya juga akhirnya. Ahmad, Afifi dan Alisa segera pergi ke Rumah Kedutaan Malaysia di Bangkok berkenaan status Alisa. Memandangkan Alisa adalah seorang selebriti terkenal, berita ini tersebar dengan pantasnya ke seluruh negara itu. Warga negara itu baru tahu yang Leenda adalah orang Malaysia. Banyak pihak media yang cuba untuk mendekati mereka untuk cerita sebenar tetapi mereka harus cepat kerana sebolehnya dia boleh pulang sekali dengan Afifi dan Ahmad.

...................................................

"Saya telah diculik oleh warga Thai sendiri, dan mereka membawa saya ke sana yang saya sendiri tidak tahu di mana. Mereka mengurung saya selama 2 hari. Kemudian, mereka lepaskan saya begitu sahaja kerana menurut mereka, mereka salah culik orang. Tetapi, saya sudah tidak makan sejak saya diculik, saya berasa sangat lapar dan pengsan di depan rumah. Sejak itu saya hilang ingatan, saya mulakan hidup baru. Ada keluarga yang ambil saya jadi anak angkat mereka dan saya sudah menjadi orang Siam, menjalani hidup sebagai Buddha kerana pada masa itu saya memang tidak ingat apa-apa," bercerita Alisa kepada sidang media. Sidang media ini juga adalah untuk peminatnya yang berada di Thailand bagi merungkai semua persoalan yang mungkin mereka tidak tahu selama ini.

"Saya menjadi salah seorang selebriti di Thailand, menjadi pelakon dan model iklan di sana. Sebab itu, saya pernah menjalani pembedahan plastik, sebab itu rupa saya sudah sedikit berlainan terutamanya hidung saya. Hehehe. Tapi mungkin Allah makbulkan doa saya pada masa itu, dia temukan saya dengan Ahmad dan Afifi semasa mereka melancong di Bangkok. Sekarang saya ingat siapa saya, saya beristighfar panjang-panjang dan saya bersyukur sangat-sangat Allah selamatkan saya semula dari terus menjadi Buddha di sana semasa saya tidak ingat asal-usul saya," tambahnya lagi dengan penuh yakin dan ceria, ditambah dengan penampilan asalnya yang berhijab. Kini Alisa juga sudah menjadi terkenal di Malaysia kerana kisahnya 3 tahun dahulu.

"Cik Alisa, bagaimana penerimaan ibu angkat dan bapa angkat Alisa di sana sekarang? Adakah mereka dapat terima cerita sebenar?"

"Ya. Mereka memahami saya. Mereka sangat baik. Saya masih berhubung dengan mereka di sana. Sekiranya ada rezeki lebih, saya akan melawat mereka dan bawa sekali dengan bakal suami saya."

Afifi tersenyum dari jauh mendengar pengakuan Alisa. Mereka bercadang untuk berkahwin pada hujung tahun tersebut dan pastinya akan berbulan madu di tempat Alisa ditemui Afifi sebagai Leenda. Mungkin Alisa juga ingin bertemu kembali peminatnya dan media Thailand sebagai pengubat rindu warga negara Tomyan tersebut.

Kini Alisa masih lagi menjadi ikon televisyen tanah air tetapi lebih ke arah program Islamik. Orang memberi gelaran Alisa Gadis Tomyam Celup kerana rupanya sudah mirip-mirip sedikit seperti orang sana, bak orang Melayu yang dikacuk dengan orang Siam Bangkok.

Tamat.

No comments:

Post a Comment