Neopets Orange Chia

Monday, June 23, 2014

Persoalan

"Mira, u patut bangga tau dapat orang hot mcm abang ni."
"Bangga? Ppuii. Perasan gila. Hahahaha!"
       Masing-masing berasa sangat bahagia pada detik ini, mahu Mira ataupun Zack setelah sebulan tidak berjumpa. Zack terpaksa merantau ke Sarawak demi tugasnya untuk mendidik anak bangsa tanah Sibu. Jika ada rezeki lebih, Zack akan turun ke Kuala Lumpur sebulan sekali untuk bertemu Mira dan rakan-rakan silatnya memandangkan Zack iuga adalah gurulatih muda silat seni gayong di Kuala Lumpur semasa dia masih dalam latihan perguruan.
"Mira, u dengar ni. Diri abang untuk Mira seorang je tau."

"Hmmm? Abang cakap apa?"
"Eh, mana boleh ulang. Hahaha. Fikir sendiri balik."
        Mira pun berfikir betul-betul apa yang dia dengat sebentar tadi. Mira dengar ayat itu tetapi mindanya tidak berapa nak proses ayat tersebut. Walaupun begitu  Mira tersenyum bahagia kerana dia tahu pada masa itu, mereka saling mencintai antara satu sama lain.
      . . . . .
"Hey, u punya awek gua dah hina-hina dia. Tadi dia lalu sini. Puas hati gua. Baru padan muka. Hahaha!" kata bekas teman wanita Zack dalam dalam mesej yang dia hantar kepada Zack. Lantaran itu Zack segera menelefon Mira serta merta.
"Mira, u okay tak? Tadi Mimah text abang yang dia hina u depan geng-geng dia dan kawan-kawan u. Kawan-kawan u tak hairan ke?"
"Mana tak hairan, sorang-sorang tanya. Dia dah kenapa tiba-tiba macamtu. Nama je pakai tudung labuh pakai jubah ala-ala orang Iran."
"Biar je dia. Buat tak tau je. Sebab tu abang tak mau cakap apa-apa dengan dia. Memang tu. Dah. Sabar tau."
Panggilan Zack itu tadi buat Mira rasa dilindungi walaupun Zack jauh dari Mira.
     . . . . .
18 bulan kemudian.
"Abang Zack, cuba la lepaskan Mira kalau abang taknak dah kat Mira. Seksa tau. Abang bukan peduli lagi kat Mira. Lama menyepi tiba-tiba muncul macam orang takda apa-apa jadi. Abang tak faham ke?"
"Abang bukan buat apa-apa pun."
"Dahtu? Kenapa abang tak macam dulu? Kalau abang dah ada orang lain, bagitau. Mira okay je abang. Mira tau Mira ni teruk. Tak padan dengan abang."
     Perasaan Mira tidak dapat dibendung lagi pada masa ini selepas Zack datang ke rumahnya bertemu dengan ibu bapa Mira. Mira turut ada bersama pada masa itu tetapi Mira tidak dapat berbuat apa-apa. Hanya memandang Zack dari jauh.
"Abang, kenapa abang tak dengan orang lain kalau abang dah tak suka Mira lagi? Abang layan Mira lagi teruk dari sampah, tapi kenapa takda orang lain?"
"Abang tak selesa dengan orang lain. Abang selesa dengan Mira je."
"Abang ni pelik. Kalau abang boleh dengan Mira dulu, takkan dengan orang lain tak boleh?"
"Mira tak faham lagi ke kenapa abang takda sapa-sapa sampai sekarang? Mira fikirlah sendiri!"
"Mira tak dapat fikir apa-apa dah abang. Mira rindu abang yang dulu. Sekarang Mira dah hilang dia. Sedih."
Mira betul-betul buntu dan tak faham apa sebenarnya agenda Zack. Hanya tangisan pilu menemani Mira pada malam itu.
"Abang, kalau abang takmau Mira, abang lepaskanlah betul-betul. Buat apa Mira tunggu abang tapi abang tak mau pun dengan Mira. Sampai bila. Abang cakaplah sesuatu kata-kata yang buat Mira putus harapan dengan abang. Cakap suruh cari orang lain ke, cakap la abang tak sayang Mira dah. Please. Mira seksa gini abang. Cuba abang faham."
    
      Dengan penuh harapan Mira tunggu ayat dari Zack. Walaupun perit, tapi Mira terpaksa terima. Bak kata orang, pahit itulah ubat.
"Taknak. Abang ngantuk. Bye."
      Mira hanya menggeleng kepala. Kenapa Zack buat dia begini. Nak tapi taknak. Taknak tapi takmau lepas. Dibiar gantung tengah-tengah awan. Mira pun sudah malas melayan perasaan dan dia pun tidur dengan perasaan sedihnya itu. Itu merupakan komunikasi Mira dengan Zack yang terakhir sebelum Mira pulang ke Kuala Lumpur semula.
     . . . . .
6 bulan berikutnya.
     Mira telah berkawan rapat dengan seseorang. Orang tersebut merupakan teman satu batchnya di Kuala Lumpur. Mira panggil orang itu Coco sedangkan nama sebenarnya adalah Danial. Sejak Danial rapat dengan Mira, dia dapat melupakan sedikit demi sedikit kisahnya dengan Zack. Sehingga satu hari Mira dan Danial berborak topik yang lebih serius.
"Mira, takkan nak asyik part-time aje. Nak full time dengan aku tak?"
"Full time? Mai sini aku fikir. Bagi aku masa dulu boleh?"
"Boleh. No prob", kata Danial kepada Mira dengan muka senyum tembikainya itu. Macam mana senyum tembikai, fikirlah sendiri.
"Coco, aku nak sangat Coco. Tapi.. Kau kena faham. Aku orang jauh. Kau memang orang KL ni. Kau tak biasa. Family kau lagi, dorang terima ke aku? Family aku dah biasa dapar orang jauh-jauh."
"Kita tak try lagi. Kalau dorang terima?"
"Baguslah. Tapi, ada satu lagi masalah."
Coco pandang Mira seperti ingin sangat tahu apa masalah itu. Mira pun menceritakan keadaan sebenar kepada Coco.
"Kau tau ex aku? Sebenarnya kami takda kata putus berpisah. Dia biarkan aku hang macamtu je. Dalam masa yang sama, dia takda dah layan aku. Tapi, sekali-sekali dia muncul text aku, macam dia bagi harapan kat aku lagi. Aku pun tak tau yang dia dah ada awek ke belum, aku tak tau. Aku tak tau apa-apa. Dan aku tak tau apa-apa. Kalau dia dengan mak bapak aku, dia rapat lagi. Baik je lagi."
Kenyataan Mira membuatkan Danial pening dan berubah mood. Danial bukanlah seorang yang suka ambil hak orang kerana dia pernah rasa bagaimana hak dia diambil orang begitu saja.
"Hmm. Kalau macamtu, aku takmau la. Aku tak suka ambil orang punya. Mana tau nanti masa aku dengan kau, tiba-tiba dia ambil kau balik, aku..kau nak biar mana?"
Mira juga ada terfikir perkara itu dan itulah yang membuatkan Mira solo sepanjang masa sehingga orang kelilingnya hairan kenapa tiada orang mahukan Mira sedangkan Mira ada penariknya sendiri. Rupa yang manis, susuk tubuh yang boleh tahan umph dan perangai yang friendly.
        Mira terpaksa aku dengan kenyataan Danial itu. Mira tidak tahu lagi bagaimana untuk menamatkan ceritanya dengan Zack memandangkan Zack hanya membiarkan Mira tanpa kata putus. Dan hingga kini, Mira hanya kekal status single but not available. Seperti orang yang telah diblacklist namanya untuk membeli sebarang jenis kenderaan.
     
      Zack pula? Dia sedang berbahagia dengan pasangannya sendiri tanpa pengetahuan Mira tetapi diketahui oleh ibu bapa Mira. Pasangan Zack itu juga merupakan kawan satu sekolah rendah Mira. Oleh sebab itu, ibu bapa Mira hanya mendiamkan diri dan anggap tiada apa-apa yang terjadi kerana tidak mahu Mira bersedih. Ibu bapa mana yang mahu lihat anaknya bersedih, bukan? Begitulah nasib Mira sehingga umurnya mencecah 36 tahun dan akhirnya dia memutuskan untuk tidak mahu berkahwin selamanya. Dia cuma ingin menumpukan kerjayanya untuk mendidik anak bangsa dan meluangkan sepenuh masa lapangnya dengan keluarganya memandangkan Mira adalah anak sulung dari empat adik beradik. Mira juga telah mengganggap Zack telah pergi buat selamanya walaupun Mira sudah pun tahu Zack sudah mempunyai 2 orang anak lelaki bersama Suhana, rakan kelas sebelahnya semasa Tahun 2 dahulu.

No comments:

Post a Comment