Neopets Orange Chia

Wednesday, September 3, 2014

This Is The End

Hai korang. Apa khabar? Iqa kembali ke sini sebab..
THIS IS THE END.


Berkenaan dengan pacik A***. Setelah bertahun-tahun Iqa pendam apa yang Iqa rasa, akhirnya Allah tunjukkan satu-satu jawapan untuk Iqa. Jawapan tersebut memang mengguris menghiris melenyek hati Iqa sehancur-hancurnya.

Pertama. DP wassap yang menggunakan gambar tulisan Braille. Setelah ditranslate, keluar nama Aziema. Ok luluh hati. Lepas tu cuba berfikiran positif untuk anggap itu nama adik angkat dia kot. Ok.. takpe, saba..

Kedua. instinct tiba-tiba datang cakap suruh Iqa pergi selidik betul. Suspect seseorang. Tengok macam ada gaya terkena dengan instinct yang diterima. Tapi tak sure lagi, abaikan dulu.

Ketiga. moment wechat. Pacik ada post gambar sesuatu, sebelah tu ada perempuan seolah-olah awek dia. Okay, mula curiga. Korek sekorek koreknya, pacik ada Instagram, follow dia, kakak tu pun macam ada bercakap yang sama dengan apa dia cakap. Instinct cakap, "dialah orangnya."
Malam tu puas menangis bengkak-bengkak mata sampai post sesuatu kat FB, sampai mama inbox.
1st time cakap kat mama pasal benda ni semua.
Rupanya mama pun rasa benda yang sama. Kecewa gila.


Keempat. pacik post sesuatu kat moment wechat. Ayat2 dia seperti nak pergi meminang kakak tu. Iqa dah menangis puas2 dah. Kuatkan hati text dia, tanya. Dia mengaku. Terus nak call, setelkan semua ini malam (merujuk kepada malam kejadian).

Dalam call tu, kira 90% telah diceritakan oleh masing2. Mood masa tu ok. Tapi ada juga goyah sikit. Biasalah perempuan. Betullah seperti siasatan Iqa, kakak tu sebenarnya senior sekolah Iqa, yang adiknya sekelas dengan Iqa dulu. Pacik cakap InsyaAllah dia nak meminang, kalau takda aral melintang, kawin bulan 11. Tau tak perasaan Iqa time tu yang dah pendam perasaan tiga tahun? Iqa main cakap jelah terus terang Iqa sedih dia dah ada pilihan orang lain.

Tapi dia ni, macam abang2 semalam, bagi kata2 semangat sikit buat Iqa walaupun rasa ntah apa2 dah time tu. Menangis ada la jugak. Dia ada cakap jugak kenapa dia mengelak dari Iqa. Ah, malas nak fikir.

Tapi Iqa lega, dia sudah mengaku, menjawab apa yang selama ni terbuku dalam hati Iqa buat beratus2 minggu. Dia kata, semua ni bukan dirancang awal. Macam tiba2 jugak.

Iqa tak benci akak tu, tapi Iqa benci diri Iqa sendiri, kenapa nak suka orang macamtu??

Doakan Iqa dapat pengganti dia yang macam dia juga, tp upgrade sikit. Hehe
Oke, Iqa sedih. Nak nangis. TT~TT

Banyak sangat benda sedih jadi kat Iqa tahun ni. Tabahlah wahai hati, Allah sebaik-baik perancang, mesti ada hikmah di sebalik semua ini.
Iqa akui Iqa tak cukup kuat untuk semua ini. I feel down. 


Inilah penghujung cerita kami. Salam Hormat.


No comments:

Post a Comment