Neopets Orange Chia

Thursday, January 7, 2016

Kau Yang Terindah (1)

8 Disember 2015

Aku bangun awal hari ni sebab semangat aku nak turun KL, melawat kehidupan lama aku. Nak bawa adik round KL kejap. Sedang aku bersiap-siap depan cermin solek..

"Tinggggg!"
Satu mesej diterima.

"Saya tahu saya bukan terbaik untuk awak. Saya tak berniat pun nak buat awak tergantung sorang2 macamni. Saya pun serabut ni fikiran bercelaru. Saya kesian awak. Lebih baik kita berkawan je. Saya pun taknak putus kawan dengan awak".


"Ada masa kita jumpa. Kita setel semua".

"Okay. InsyaAllah".

Aku terkaku kejap depan cermin. Jantung berdegup kencang, mata mula berair. Namun aku cuba cover line sebab Nasha masuk bilik sambil buat muka troll kat aku. Gembira sangat dia sebab akak dia nak bawa dia jalan2 KL. Pishang duduk rumah katanya. Yelah, rumah kampung apa je ada, ayam je bersepah kat luar rumah. Musuh ketat aku tu.

Lebih kurang jam dua kami gerak dari Kuala Pilah menuju ke Cheras dengan menaiki teksi, bas, komuter, LRT dan teksi semula. Aku merungut sepanjang jalan kerana tambang komuter dan LRT yang naik mendadak. Padahal aku baru je tinggalkan KL kira2 dua bulan lepas. "Kesian orang KL. Awat kejam sangat la kerajaan ni," dalam hati aku berkata.


"Saya dah sampai KL. Saya kat sini sampai 9hb je. Saya merayu kat awak, datang la sini jumpa saya. Kita setel semua yang perlu".

"InsyaAllah saya cuba."

Aku dan Nasha pun berjalan sakan setelah berada di Cheras. Kami berdua tumpang rumah sewa lama dengan alasan nak ambil barang yang belum habis dibawa pindah. Mujur ada seorang ex rumet yang stay jugak rumah tu sebab kunci aku tertinggal di Kuala Pilah. Itu pun sedar masa dah on the way ke KL duduk dalam komuter. Pandir. Jiwa kacau, benda penting sekali boleh lupa. 

Sehari berlalu.
Dua hari berlalu.

Kami belum puas lagi round KL. Hari dah mula gelap. Sepatutnya hari ini perlu balik semula ke Kuala Pilah tetapi kami rasa penat. Jadi aku pun dan buat plan kedua, stay rumah classmates satu malam yang terletak kira2 200 meter je dari rumah asal. Call mama, mama pun dah izinkan, jadi kami pun lepak rumah berehat sampai tertidur.

08.00 malam.


"Awak, malam ni.. boleh tak?"
"InsyaAllah. Tapi saya nak terus terang dengan awak. Saya takde kereta, saya takde duit."

"Saya nak call awak. Please."
"Jap. Nak solat jap"

Aku tau, kejap dia tu entah berapa lama. Aku pergi dapur. Aku tak dapat nak sorok apa yang aku rasa. Aku terkilan.Dia seolah-olah nekad nak mengelak diri dari aku. Aku pun sampai masa ni tiada idea kenapa dia jadi macam benci sangat dengan aku.

Aku pun mula lah bermonolog sendiri. Aku sengaja datang masa2 macamni sebab aku berniat nak sambut hari lahir dia yang ke 25 sama-sama. Aku nak bagi hadiah. Aku siap buat alasan lagi nak extand stay KL sehari semata-mata nak jumpa dia mungkin buat kali terakhir setelah 3 bulan tak jumpa. Mujur Nasha tidur, so dia taktau macamna keadaan aku dan perasaan aku saat tu. Tapi, itu je jawapan dia bagi. Aku mula putus harapan. Hati perempuan aku ni ada limitasi juga, tak mampu bertahan lagi2 bab hati dan perasaan ni. Tentang masa depan yang dirancang. Tentang apa yang akan terjadi, berpisah jarak dan hubungan. Air mata pun mula menitik satu demi satu.


⚫⚫⚫


Mei 2015.

Aku sedang kebosanan tahap rasa nak gila. Tiba2 teringat kata rumet aku pasal satu apps ni best gila untuk usha2 orang handsome. Kira apps cari jodoh la ni. Aku pun download. Terus aku usha2 lelaki kacak dan bekerjaya dalam tu. Leka kot. Leka tengok orang lebih kurang baya kita dah bekerjaya dan ada harta serta kehidupan sendiri. I is kagum. Mana yang aku suka, aku like. Tak mengharapkan balasan like pun. Just for fun la katakan.

Sedang aku scroll2 gambar dalam apss tu aku terhenti kat seorang mamat ni. Aku tengok. Muka takdelah handsome. Lama aku tenung. Siap dalam hati "mamat ni mcm muka jahat tp mcm ok jugak nak buat kawan ni". Entah kenapa, tiba2 aku fikir camtu. Pelik. Last2 aku pun like jelah dan sambung usha jejaka handsome. Cuci mata la katakan. Berdasarkan apps tu ramai juga kenalan yang aku dapat. Mana yang okay, okay la boleh jadi kenalan bertukar-tukar maklumat. Tak tinggal ada juga yang pervert, cuma nak benda tak senonoh je. Yang type itu memang babai dah dari awal.

Beberapa hari kemudian, aku dapat inbox dari seseorang yang aku penah like dulu.

"Hi. How r u?"
"Hi. Fine. U?"

"Alhamdulillah, fine. Eat alredy?"
"No. U?"


Dalam hati aku dia cuma mesej sekali dua je ni. Standard la. Tanya background sikit, pastu krik krik la kalau takde topik nak cakap dah. Tapi mamat ni tak. Rajin dia mesej. Cerita dia pun just nice. Bab paling aku suka ngan dia ni, dia pun suka kucing. Dia cerita, dia ada kucing British Short Hair 3 ekor nak bagi orang adopt sebab dia busy sangat. Dia pun ada alergi dengan bulu kucing. Dia kata dia sayang kucing tu, so kalau ada orang nak adopt, dia nak tengok orang tu betul tak sayang kucing macam dia sayang kucing tu. Sejak itu terbuka hati aku nak kenal dia dengan lebih dalam. Well, aku sangat tertarik dengan orang yang sayang kucing ni sebab aku tau dia seorang yang berjiwa lembut dan penyayang. Dia pun suka budak-budak menurut apa yang dia ceritakan kat aku.

Sejak dari itu kami selalu mesej2 dalam apps tu sampailah dia kata mesej dalam apps tu susah. Loading. Dia nak mesej dalam Whatsapp. Seperti biasa, pegangan aku, orang minta contact number ni aku ngelat sikit nak bagi. Tapi lain dengan mamat ni, dia bagi no contact dia.

"Ni no Contact I. 01234*****. U wasap la ye kalau u sudi. Nanti I reply. I keje dulu."
"Dia ni nak promo barang kat aku ke? Boleh caya ke dia ni? Perlu ke?" dalam hati aku berkata. Yelah, mula-mula memang baik tapi nanti lama-lama lain pulak, cane ni? Takpelah. Positive thinking, aku pun wasap dia. Wasap sambungan dari cerita dalam mesej kat apps tu. Aku belum kenalkan diri lagi tapi dia cepat tangkap aku ni sapa.

"Ha Iqa, I kerja lagi ni. Penat la. U dah makan?"
"Dah. Takpe U balik nanti U rehat okay. TC."

Tiba2 aku terfikir, kenapa aku mesej dia macamtu? Pelik. Takpelah. Kawan je kan. Aku pun tak percaya dengan mana2 lelaki sejak ex buang aku dari hidup dia dan dah berkahwin dah pun dengan senior sekolah aku. Beberapa hari kemudian..

"Hi Iqa, u dah makan?"
"Belum. Lapar ni tapi malas nak berusaha cari makanan hahaha."
"Ok u send location I nak jemput u ni. Kita pegi makan jom."
"Siyes la??? I dah la tak penah jumpa u. Tak kenal u. Malam2 lagi ni u ajak makan? Boleh caya ke???"
"Kalau u tak caya I takpe. Tak paksa pun."
"Em, ok, I cuba percaya u. Ok ini location."


⚫⚫⚫

09.00 malam.

"Awak.. Memang tak dapat ke malam ni? Saya dah beli hadiah untuk awak dah ni. Macamna saya nak bagi? Kalau saya minta alamat awak, bukan awak nak bagi pun."
"Tunggu mama ni."
"Mama bila sampai?"
"Entah"

Mau tau mau aku terpaksa tahan perasaan aku. Aku tenung je handphone aku lama2. Aku dah mati jiwa masa tu. Aku tak dapat buat apa-apa. Aku loser. Kalau rumah dia senang nak pergi, dah lama aku sampai depan pintu rumah dia. Tapi rumah dia kat Damansara. Damansara takde public transport yang senang. Nak naik teksi, aku tak mampu. Sebut nama tempat pun orang dah tau situ kos nak hidup semuanya berganda dari tempat asal aku. Masa tu aku betul-betul rasa aku cuma ada Nasha dan Allah je masa tu. Allah je tau betapa mati jiwa aku untuk masa ni. 


bersambung..


No comments:

Post a Comment