Neopets Orange Chia

Monday, January 11, 2016

Kau Yang Terindah (2)

10.00 malam.

Aku mula berasa kecewa sangat sehingga tahap “owh I can’t accept this! Why God, why??” Seminit. Dua minit. Satu jam. Dua jam. Aku tunggu keajaiban datang tapi ternyata hampa.
Lalu aku memutuskan untuk terima takdir yang dia tidak akan datang jumpa aku kali ni. Nampaknya aku je yang terhegeh-hegeh, aku je yang berusaha untuk dia. Dia betul-betul nak buang aku dari hidup dia. Nampaknya sekali lagi aku kena terima nasib yang sama. Memandangkan aku dah berputus asa, aku pun bersiap-siap untuk tidur.

“Ayong, bukan ko nak keluar ke?” kata Yati kepada aku.
“Ha, entah la Yati. Tak tau la. Macam tak dapat je dia datang. Standby je ni. Kalau ada, ada la. “
“Takpe Ayong. Kitorg pun tak jadi nak keluar, so ko tak payah risau adik ko yang tidur tu haa. Kitorg ada rumah. Ni kunci, aku letak sini ek. Nanti ko bawa la kunci ni in case kami berdua pun tertidur sekali hehe.”


“Iqa, I rasa I dah sampai depan rumah u ni. Serimas Condo right?”
“Haa. Betul la tu. Jap I turun.”

Dengan perasaan malas yang buat-buat yakin aku gagahi untuk turun ke pondok pengawal keselamatan. Sebelum itu, aku sempat berpesan dengan rumet aku. Kalau aku tak balik dalam masa 24 jam, buat report polis. Rumet aku gelakkan aku serta merta. Aku cakap betul-betul dia gelakkan aku pulak. Ciss.

Setelah aku berada di hadapan kawasan perumahan, aku pandang kanan..kiri..kanan lagi..kiri.. mana satu la kereta orang ni. Aku assume yang dia mesti bawa kereta yang biasa umur-umur aku pakai. Kereta kecil. Tapi aku tengok takde pulak kereta tu. Yang ada cuma kereta Rexton warna kelabu, nombor plat WKJ 3233, cermin tinted gelap sampai tak Nampak siapa di dalam kereta tu.

“U ke yang terkulat-kulat tu? Kereta I ni haa yang besar gedabak ni. Lori kerja ni. WKJ 3233.”
“Aaaaa kenapa mencurigakan. Oke…”

Lalu aku pun jalan menuju ke kereta itu dengan perasaan yang agak mencurigakan. Setelah aku berada hampir dengan kereta itu, dia buka cermin pintu pemandu.  Oh, betul la dia. Buka cermin dan tersengih sehingga menampakkan pipinya yang tembam. Lalu aku pun masuk ke “lori” tersebut.

“Hai.”
“Hai.”

Kami tersenyap beberapa seketika. 1st impression aku kat dia setelah curi-curi tengok dia. Hmm.. Tak hensem tapi just nice. Nampak manis bila senyum. Dan dia pun mulakan perbualannya. Macam biasa, aku ikut keadaan. Kalau dia becok, aku becok. Kalau dia pendiam aku pun pendiam jugak la. Tapi dia pandai, dia banyak cakap. Itu membuatkan aku rasa tak kekok dan berborak seperti kawan lama yang dah 10 tahun tak berjumpa. Dia pun Nampak agak selesa bila bercakap dengan aku. Jadi itu buat perangai sebenar aku keluar serta merta walaupun pertama kali bersemuka. Sebelum ini cuma chatting dalam alam maya je.

“Jom makan kat Ampang. Tau jalan pergi sana?”
“Awak, tau tak hidup saya menyedihkan? Mama saya tau jalan nak ke Ampang. Saya bukan drive pun kat sini.”
“Teruknye! Malang saya jumpa awak ni. Eh turun tepi jalan sekarang.”

Gurau dia membuatkan kami berdua tergelak sama. Lawak dia ni. Karakter dia sama macam kawan-kawan sekelas aku yang majoriti kepala masuk air sampai tahap nak berjoget tengah orang ramai pun tak malu dah.  Apa yang aku dapat tangkap, dia ni kaki fikir makan aje. Kejap-kejap, makan. Kejap-kejap, tanya kedai makan mana sedap. Serius 1st time aku jumpa orang yang fikir makaaaaaaan je dalam kehidupan seharian dia. Sampai la aku tanya dia memang macamtu ke. Dia jawab ye. Dia cepat lapar katanya. Aku pun angguk2 jelah.

Dalam perjalanan ke Ampang, riuh! Pasal riuh sangat, kami pun tersesat entah ke mana dalam kawasan Ampang tu. Dia salahkan aku sebab aku cakap jalan belah kanan padahal jalan yang betul belah kiri. Hehe. Tapi sesat-sesat akhirnya jumpa juga gerai yang nak dituju setelah pusing kawasan tu dua kali. Menurutnya gerai tu sedap. Aku ikut jelah.

“Okay dah sampai. Nasi ayam penyet dia sini sedappp. Tapi harap-harap ada la tempat kosong sebab weekend biasanya ramai gila”, katanya dalam loghat utara.

Kami pun keluar dari kereta. Seperti biasa aku biasa ikut orang dari belakang. So aku tunggu dia kunci pintu dan sebagainya. Tiba-tiba dia pergi kea rah pintu depan tempat aku duduk tapi. Aku pun hairan. Apa dia nak buat ni?

“Shhhtt.. Awak diam-diam tau. Kereta ni bongok sikit, kunci nak kena dari sini. “
“Haaa serius la? Hahahahaha!”
“Jangan gelak. Nanti orang tau. Malu saya”.

Masa di kunci pintu kereta, baru saya perasan dia ni sangatlah berlawanan dengan aku. “Laaaa… keding pulak mamat ni! Tapi tinggi gilaaaa..” dalam hati aku berkata. Terus rasa rendah diri. Aku dah la gemuk, pendek pulak tu. Segan doe.

* * *

10.30 malam.

Dengan kesedihan aku tergolek-golek atas lantai dan hampir terlelap. Tiba-tiba

“Mama baru balik. Saya bersiap kejap.”
“Awak jadi datang sini ni?”
“InsyaAllah”

Tapi dalam keadaan itu, aku masih berpegang dengan putus asa aku bahawa dia takkan sampai. Asal dia nak datang sini mesti ada halangan. Aku tak tau la masa ni aku sedih ke aku gembira. Yang penting, aku rindu dia, aku nak jumpa dia untuk selesaikan apa yang patut dan aku nak bagi hadiah birthday dia yang aku dan beli. Aku pun malas nak bersiap dan sambung golek-golek nak tidur.


* * *


Kami berdua menuju ke gerai ayam penyet yang dia maksudkan. Memang ramai. Aku blur-blur tengok gerai tu kot-kot ada lagi ke tak tempat kosong untuk kami duduk. Kami berpecah cari tempat duduk. Hampa. Full house. Lalu kami pun ke tepi kedai untuk menunggu kot-kot ada pula orang nak balik.

“Awak, orang tengok kita semacam je ni. Nak makan kat sini lagi ke?”
“Haa tulah. Awak sanggup tunggu lagi? Saya dah lapar ni.”
“Kita cari tempat lain la. Lain kali jelah kita datang sini.”

Kami pun beredar ke kawasan tersebut dengan hampa dan perut lapar. Kami menuju ke kereta semula. Aku nak melintas jalan tapi macam biasa, aku cuai sikit. Aku tak nampak kereta tapi aku main lalu je. Dia dengan keabangan dia cepat-cepat halang aku dari lalu jalan. Wah. Not bad. Nampak la yang dia ni jenis melindungi orang lain. Tiba-tiba aku rasa yang aku akan selamat dengan dia. Terasa dilindungi.

Dengan pengalaman makan dia yang banyak, dia membawa aku ke satu lagi tempat makan yang boleh tahan juga ramai dia. Tempat tu kira-kira 500 meter sahaja dari tempat yang mula-mula tu tadi. Menu, chicken chop. 



bersambung...

No comments:

Post a Comment