Neopets Orange Chia

Saturday, May 2, 2015

Mei 2015 Dah? Wahh

SKPKS 2015
  

Assalamualaikum dan selamat hari sabtu.

Apa khabar semua? Sekian lama tak update blog, baru hari ni tiba-tiba je rasa nak update kan. Hmm.. update la sangat. Bila paling last Iqa tulis blog? See, nampak tak lama sangat tak belek sampai tak ingat bila. Haha

Sebenarnya tahun 2015 ni agak mencabar jugak la. Iqa sebenarnya baru lepas praktikum kat sekolah SKPK Selangor. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (Pekak). So,
semua murid-murid pun bermasalah pekak. Dah ini kos Iqa kan, memang ke situ la hendaknye kan?

Iqa praktikum dengan 4 orang kawan Iqa. Kitorang duk dalam asrama (jimat duit sewa rumah sikit). Rata-rata murid sekolah ni pun duduk dalam asrama. So meriah la sikit (penat jugak laaaa). Tiga bulan duduk asrama, asal hujung minggu je balik Cheras. Hahaha. Yelah nak buat apa je dalam asrama dua hari dalam bilik yang ngam2 kitorg tidur je dalam tu. Tak berkembang otak.

Dalm tiga buah sekolah yang Iqa penah praktikal, ini sekolah paling the best la walaupun mula2 kan ada bad impression sikit jugak la bila jumpa GB sekolah ni. Tak kisah la. Itu GB je. Cikgu lain sangat2la oke dan sporting. Murid-murid sekolah ni pun osem. Memang la awal2 dulu rasa tension jugak sebab tak dapat nak adapt sangat lg kan, tp lama2 mcm best pulak. 

Kali ni IQa dapat subjek BM. OMG, Iqa tak penah ajar BM. Mcm baru start praktikal balik la ni kiranya, semua benda nak kena belajar dr A semula. Terima jelah kan. Iqa ngaku Iqa bukan orang bahasa, so agak susah jugak la Iqa nak ajar budak2 sekalian lagi2 budak pekak ni. Kau nak explain panjang2 kau ingat dorang paham? Kau je syok sorang2 haha. So kita ada la teknik2 sendiri untuk budak2 mcmni kan?

Iqa kat sekolah ni pun dapat dua tugasan yang agak mencabar la bagi Iqa. Iqa kena suruh konduk menari. Tau tak Iqa tak penah menari? Basic pun tak tau. Tapi takpe, kita balun aje.

Mula2 Iqa kena suruh konduk tarian masa mesyuarat agung PIBG dengan sorang cikgu ni. Yang kali kedua pula masa pertandingan Karnival Kokurikulum Pendidikan Khas *lebih  kurang laa. Dengan noobnye, Iqa pun buat la apa yg boleh sekali dengan kawan Iqa sorang ni. 

Team Tarian SKPKS 2015


Eh, kalau nak cerita panjang2 memang tak habis kan? sebenarnya nak cerita lain tapi TER pergi lain pulak. hahaha. Okay, pasni Iqa cerita lagi ye. 

No comments:

Post a Comment