Neopets Orange Chia

Friday, November 4, 2011

Sang Lipas, Pergilah Jauh-Jauh!!

Hai semua. Selamat hari Jumaat.

Tiba2 Iqa terfikir nak tulis entry sal sang lipas. Iqa nak bagitau ni. Iqa tak suka lipas. Iqa geli, Iqa takut. Tapi kenapa Iqa takut?

Iqa benci lipas sebab lipas ni bukan jenis yang cool. Kelam-kabut semacam je. Merayap sana sini. Dah tu merayapnya lari laju2 pulak tu. Silap2 masuk dalam baju seluar orang. Yayy! Geli! Kalau nak lagi dasyat, Iqa tak suka lipas bila dia terbang2, pastu tang hinggap kat orang. Tanak Iqa. Kalau adalipas dalam tooi (tandas), Iqa lagi sanggup batalkan hajat terpendam dari masuk dok ngan lipas. :D



"Napelahh orang tak suka saya.. Tskk2 TT~TT"



Bukan lipas je yang Iqa takut. Serangga yang berbisa pun takut jugak. yang boleh menggigit. Tapi Iqa takut tu semua taklah sampai taknak tengok gambar. Kawan2 Iqa, ramai yang takut itu ini sampai gambar pun takut. Gambar, apalah sangat. Bukan boleh keluar pun jadi benda betul.

Ada sorang kawan Iqa tu, dia takut katak. Jadi masa Iqa tingkatan 4, buku teks Sains Iqa  cover dia gambar katak. Kawan Iqa tu tanak pun pegang buku tu. Last2 dia ambik lapis, tutup gambar katak tu barulah dia nak buka. Sampai macamtu sekali.

Ada sorang tu lagi, dia takut ular. Ular memang patut digelikan pun. Bahaya kan? Tapi, kawan Iqa ni tak tau la nak cakap apa. Ada sekali tu kat kedai kat Alamanda Putrajaya, Iqa tengok2 cincin. Ada satu cincin ni memang semat. Lawa je sekali tengok. Iqa try la pakai. Cantik je. Kawan Iqa tu pun cakap cantik. Siap dengan muka excited lagi dia cakap tu. Sekali dia perasan itu gambar ular terus dia mengundur dengan muka takutnya. Haha. Iqa gelak2 je tengok dia. Padahal cincin je puuun~

Macam tulah citenye. Sapa yang takut sesetengah haiwan tu.. Janganlah sampai takut gambar sekali. Tu bahaya jugak untuk kita semua. Kot2 lah nanti kan time kita tengah syok drive kereta ke, ada iklan racun perosak besar2 kat tepi jalan. Akibat terlampau takut, salah drive sampai eksiden. Nauzubillah.

Jadi, sama2lah kita berusaha kawal fobia kita terhadap musuh kita tu ea? Good luck! :P

No comments:

Post a Comment