Neopets Orange Chia

Monday, November 14, 2011

Anak Yatim


Tempat kejadian berlaku, di salah satu kelas di sebuah sekolah menengah.

Pada suatu hari, ada satu bancian dilakukan di sekolah tersebut. Bancian tersebut adalah bertujuan untuk mengenalpasti berapa orang anak yatim piatu yang berada di sekolah tersebut. Proses bancian tersebut dilakukan oleh beberapa orang wakil yang terdiri daripada beberapa orang murid Tingkatan 4. Sehinggalah sampai ke salah satu kelas Tingkatan 1...

"Assalamualaikum cikgu. Saya ada benda nak cakap dengan kelas ni cekgu. "
"Silakan," kata guru di kelas tersebut.

"Perhatian kepada kelas ini, siapa yang anak yatim atau piatu dalam kelas ni? Sila angkat tangan. "

Seramai 5 orang yang mengangkat tangan masa tu.

"Sila berdiri sapa yang angkat tangan tadi tu? "

Orang yang berkenaan pun berdiri lah untuk ditanya sama ada dia anak yatim atau anak piatu. Sehinggalah sampai ke seorang murid tu. Semua orang hairan kenapa dia berdiri, sedangkan dia masih mempunyai ibu dan bapa. Hidup lagi kedua-duanya.

"Kamu? Anak yatim atau anak piatu?"
"Saya anak Yatim."
"Bila bapa kamu meninggal?"
"Bapa saya hidup lagi. Ada lagi tengah dok2 kat rumah. Baru je saya cal dia pagi tadi."
"Habis tu, kenapa awak berdiri?"
"Sebab saya anak Yatim?"
"Tapi kamu ada bapak lagikk. Tak baik cakap bapak sendiri dah mati.."
"Saya tak cakap bapak saya dah takda, saya cuma cakap dan ngaku saya anak Yatim"
"Kamu ni tak reti bahasa betul laa. Siapa nama kamu?"
"Nama saya? Jannah binti Yatim."
"Erk... =.= "

No comments:

Post a Comment