Neopets Orange Chia

Sunday, November 27, 2011

Boring2 Cuti Sekolah

Seminggu dah cuti sekolah berlalu. Setakat seminggu ni hari2 sama je rutin harian Iqa. Makan, online, khrohh~

Selalunya, Iqa akan ada projek yang akan dibuat. Projek? Haha. Maksud Iqa, sesuatu yang kretif. Kretif la sangat.

Kalau macam cuti sekolah sebelum2 ni, Iqa suka buat yang silang pangkah kat kain petak2 tu.. melukis... Bila dah siap Iqa letak kat dinding bilik Iqa. Hehe

Kali ni, Iqa main jahit2 pulak. Iqa buat patchwork. Quilt. Main tampal2 kain pas tu jahit, jadikan corak2 yang kita nak. 

Dua hari lalu Iqa start buat yang pertama. Corak bunga tulip. Dan setelah dua hari berlalu.. Siap jugakk benda alah yang Iqa nak buat tu. Hehe.


Sebelom diberi makan kapas





Selepas makan kapas, kembong.


Ni lah dia hasil kerja Iqa. Amacam, comel tak? 100% hand made ni. Kecik je. Senang dibawa ke mana-mana. Boleh pakai untuk tidur dalam kelas. Hehehe

No comments:

Post a Comment