Neopets Orange Chia

Tuesday, November 8, 2011

Perayaan Membunuh Lembu Kerbau Secara Berleluasa




Dua tiga hari ni kita dapat saksikan ramai orang khususnya beragama Islam kerat2 lembu kerbau dengan pisau, parang, kapak. Semua ada. Kejam sungguh.
Haa.. Sebenarnya bukan kejam.. Kita sebenarnya merayakan raya korban. Belum terlambat lagi Iqa nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada muslimin dan muslimat.

Apa tu raya korban? Raya ini sebenarnya bersempena mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim yang diperintahkan Allah untuk jadikan anaknya ( Nabi Ismail ) sebagai korban. Dek kerana ketaatan kedua2 beranak ni, akhir sekali Allah turunkan kibas sebagai ganti mangsa korban. :D

Setiap perkara dalam kehidupan ini memerlukan pengorbanan. sama ada keciiiiil, ataupun besaaaaaar. Kalau tak percaya, cuba tengok sekarang. Kita sanggup membuang masa untuk duduk lama2 depan skrin laptop untuk on9. Korban la tu. Korban masa.  :P

Tapi itu taklah korban sangat. Yang dikatakan korban tu, kita sanggup kehilangan sesuatu untuk dapatkan sesuatu yang berharga. Makin besar hasrat kita nak capai, makin besarlah pengorbanan yang diperlukan. Insya-Allah, kita berjaya.

Oleh itu, bersama-samalah kita renumgkan. Fikir2kanlah dan selamat berfikir. :)

P/S : Rumah atok Iqa penuh dengan daging je. Iqa pulak jenis tak suka makan daging. Rugi... Rugi...

No comments:

Post a Comment