Neopets Orange Chia

Saturday, January 7, 2012

Beringat-ingatlah Kita Terhadap Pencipta Kita


2012 bakal berakhir?


Salam pagi2! Hari ni Iqa nak kongsi artikel yang Iqa terbaca tadi. Ha, entri kali ni sentuh pasal kerohanian sikit. Yelah, dah puas buat jahat nak jugak jadi baik kan? Nampak lah jugak ada usaha Iqa nak jadi budak baik. Hehehe

Seperti yang kita dengar2 sebelum ni, kononnya tahun 2012 ni akan ada satu bencana yang akan menimpa kita semua yang kat muka bumi ni. Menurut kepercayaan salah satu puak orang asli kat mane ntah tu, Iqa tak ingat. Kalau tak silap Puak Mayan. Kan dorang percayang hari kiamat jatuh pada tahun ni, 2012. Wallahua'lam.

Benda2 ni semua pun sebenarnya dah ada yang buat kajian terperinci. Orang tu merujuk kepada Surah Ar-Rahman dalam Al-Quran.

Kan surah ni banyak ayat yang diulang banyak2 kali kan? Dorang kaji2 dari nombor tu macam2. Dan hasilnya, ini yang ditemui.

Sebenarnya tahun 2012 tu merujuk kepada tahun Hijri, 1433. Dan ada dua tarikh yang dijangka akan ada satu kejadian yang berlaku dan berlarutan selama 4 hari.
Ha, tarikh tu hari ni lah salah satunya. Terus Iqa cuak2 sikit bila tau tarikh satu tu hari ni. Hehehe

Iqa tertanya jugak, napelah baru hari ni Iqa jumpa artikel ni. Hmm. Mungkin Allah sengaja aturkan semua ni kan. Dia suh Iqa jumpa artikel tu hari ni supaya berhati-hati dan sebagai peringatan kat Iqa untuk ingat2 balik kat Dia.

Jadi, kesimpulannya. Kita semua tak kira yang beragama Islam ke, Kristian ke, ape2 jelah mesti ingat2 kat Pencipta kita. Jangan terlalu membuat perkara yang Dia larang sebab tu semua antara faktor2 bencana alam menimpa. Renung2kan dan selamat menyelamatkan diri dari apa2 yang patut! :)



Ni link belog orang tu. Iqa nak kongsi ngan korang semua. Bacalah lagi. Ni baru detail.
Bak kata orang kongsilah ilmu tu walaupun sedikit. Sikit-sikit lama2 jadi bukit. 

No comments:

Post a Comment