Neopets Orange Chia

Saturday, May 5, 2012

Rasanya Adikku Autism La Dulu2 :D


Hai. Hari ni Iqa nak kongsi cerita pasal adik Iqa sorang ni. Adik yang second, yang perangai dia lain dari yang lain. Tak macam budak2 umur dia. 

Masa lahir, adik Iqa ni lahir songsang tau. Pastu dah lahir 8 ke 10 minit, baru nangis. Mak  dah panik dah kot2 adik tu bisu ke ape kan? Takdelahh. Tapi bila dia budak2, adoyy. Pelik...

Adik Iqa ni rasanya autism yang jenis bijak pandai pas tu hiperaktif punya. Dia pandai membaca sejak umur 3 tahun. Takde orang ajar dia pun. Mak pun tak ajar pun lagi ABC. Dia tau membaca dari tengok tv je. Kalau dulu2 dia selalu tengok saseme street. Sampai la satu hari tu tiba2 dia baca surat khabar yang ayah beli kuat2. Kitorang pun terus rasa kagumm. Dia baca lancar je. Macam orang besar baca. Tapi kan, pandai2 membaca tu, dia tak reti bercakap lagi. :D

Then, pasal dia ni pandai dan pelik kan, kalau dia pergi tempat ayah Iqa kerja, selalu kena kejar kat nurse2 kat situ, suruh dia baca apa yang benda alah banyak2 kena tampal tu. Dia baca, tapi kejap je. Then, dia lari ke sana sini. Penat nurse2 tu kejar dia. Iqa pun penat. Aktif sangat. Hahaha

Adik Iqa kan suka lari2, then kalau kita panggil dia ke, bukan menjawab. Dia lari2, pastu senyum memanjang. Dia stop senyum bila dia tido je. Siyes. Kalau bawak bercakap pun kan, dia tak tau apa kita cakap. Diam, senyum. Dia ada bahasa dia sendiri yang kita tak faham. Selalu je dia pakai bahasa tu cakap sorang2. Jeng jeng jeng. Dia macam ada kawan sorang yang kita tak nampak. Tengok pun, pelik jugak.

Oleh kerana hiperaktif dia jugak, ada satu tempoh tu laaaaama Iqa tak g makan kat luar. Sebab...

  • Adik Iqa ni suka sangat lari sana lari sini. Kalau kat kedai baju kejap2 hilang. Kejap2 hilang. Hilang nyorok dalam baju la, ntah mane2 lagi.

  • Ada satu kali tu, makan kat restoran. Dia kecik lagi. So, bagi dia duduk kat kerusi budak2 tu. Tapi dia taknak. Dia lari. Kejap je kitorang tak tengok dia rupanya dia pergi meja orang lain, kacau makanan orang kat meja tu. Ya Allahh.... Bapak Malu! Dia kacau nasi ayam orang tu. Cepat2 ayah pegi amik dia. Orang tu gelak je. Adoyy. Sejak tu tak makan kat restoran sampai Iqa darjah berapa tu. Dah besa la yang penting.

Pastu bila dia besar sikit, dia suka pakai barang2 terbalik. Kasut terbalik, baju butang tak betul, banyak lah tak betulnya. Simple kata la kan, dia tak pandai urus diri. Pandai memang pandai, tapi kekurangan dia tulah. Tak pandai jaga diri. Comot2 masa sekolah jangan cakap la. Hahaha.

Masa dia tadika dulu kan, asal bunyik loceng je dia lari tengah tempat perhimpunan tu macam burung yang girang terbang. Adoyy. Malu lak Iqa masa tu sebab adik Iqa kan. Tapi dalam masa yang sama gelak jugak. Dah tu nak buat macamna lagi. Hahaha. Sepatutnya dia tak boleh sekolah biasa, tapi memandangkan kat tempat Iqa takde sekolah untuk orang macam dia, sekolah biasa jelah.

*bersambung. :)

No comments:

Post a Comment